COVER ISTERI AKU KALIS CINTA
Sinopsis Belakang Isteri Aku Kalis Cinta
Novel keluaran Mac 2014
Tajuk: Isteri Aku Kalis Cinta
penulis : Mawar Kamila
“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak.
Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya.
Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak!
Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah
kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya
sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup
rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada.
“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk
memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi
mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah
telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil.
Memberi
kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati.
Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan
lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi
hak
kepada Diya untuk membuat pilihan.
Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya?
‘Isteri Aku Kalis Cinta’ merungkai penghujung sebuah dendam
dan penantian.
*Order masih belum dibuka lagi. Pihak penerbit LNP akan beritahu kelak. ^_^"